
Sulit
4 tahun
Luka seperti ulser pada kemaluan
sy wanita berumur 20an kerap terkena luka seperti ulser pada kemaluan . selepas bersama suami luka akan timbul. walaupun tidak bersama suami dalam masa seminggu atau 2 minggu. selepas bersama sahaja. luka ak muncul kmbli. sy diberi antibiotik wlaupun sy hbis mkn . beberapa hri kmudian luka akan kembali . apa perlu sy buat?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah luka pada kemaluan wanita seperti:
- Jangkitan bakteria atau kulat
- Jangkitan penyakit kelamin
- Jangkitan pada pangkal rahim
- Objek dalam faraj
- Akibat hubungan seks
- Kesan sampingan ubat faraj
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang kesihatan anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!