
Sulit
4 tahun
Mak saya 53 tahun baru2 ni demam panas sehari sahaja keesokannya mula sakit perut bahagian atas dan muntah2. Berlanjutan sehingga 2 hari selepas tu belakang bahu sebelah kanan sakit
Mak saya 53 tahun baru2 ni demam panas sehari sahaja keesokannya mula sakit perut bahagian atas dan muntah2. Berlanjutan sehingga 2 hari selepas tu belakang bahu sebelah kanan sakit. Sebelum ni memang dah ada gastrik sekarang ni pon tengah berpuasa jadi saya ingat sebab berpuasa tapi dah berlanjutan lama.Macam mana ye doktor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah demam adalah sangat umun dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Kebiasaannya deman boleh sembuh dengan sendiri tanpa perlu ke hospital. Ia berkemungkinan disebabkan jangkitan virus biasa. Demam akan kebah selepas makan ubat paracetamol, berehat dan minum air yang banyak. Namun begitu, sekiranya demam anda berlarutan atau semakin teruk, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.