
Sulit
5 tahun
Makan pil perancang mercilon hari ke 3 period
Saya wanita berumur 36 tahun…Sy merancang untuk makan pil perancang Mercilon.Boleh kah saya mula memakan pil perancang pada hari ke 3 period?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, anda boleh mengambil pil perancang pada hari ke 3 haid anda. Oleh kerana anda mengambil ubat tersebut dalam masa 5 hari dari hari pertama anda datangan haid, pil tersebut akan berkesan serta merta dalam mencegah anda dari kehamilan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.