
Sulit
3 tahun
Masa bentan datang haid? Adakah ini normal?
Delivery secara czer. Selepas 3 minggu bersalin kena bentan. Sekarang dah 4 hingga 5 hari bentan tiba tiba datang haid. Itu pun fresh blood. Adakah ini normal masa bentan.
Thanking in Advance

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya haid ini datang sepanjang 5 hingga 7 hari sahaja, mungkinnya haid anda dah kembali. Sekiranya ia datang berjangka panjang sila merujuk masalah ini kepada doktor anda dengan secepat mungkin.
Selain itu, sekiranya anda mengalami gejala lain seperti datang haid secara berlebihan, pening, kelesuan, sakit perut berjangka panjang tidak sembuh, pitam dan sukar nafas, sila menghubungi 999 ataupun merujukkan masalah ini kepada doktor anda dengan secepat mungkin.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakapr dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).