Sulit

4 tahun

Masaalah keputihan yang saya alami pada umur saya 10 tahun pertengahan darjah 4 sehinggalah sekarang umur saya 15 tahun tingkatan 3. Dan nk minta doktor perempuan yang tolong beri keterangan yea

saya mengalami keputihan sejak saya berumur 10 tahun pertengahan darjah 4 sehinggalah sekarang saya berumur 15 tahun tingkatan 3. Sewaktu saya darjah 6 berumur 12 tahun saya dapati keputihan saya berbau busuk dan berwarna susu pekat macam dah basi sehinggalah sekarang. Semasa saya berumur 13 tahun tingkatan 1 keputihan saya semakin banyak dan membuatkan pakaian dalaman saya basah dan berbau busuk masam sehinggalah sekarang saya berumur 15 tahun.

Saya mahu bertanya kepada doktor apakah kesan sampingan , solosi dan apa patut saya buat dgn masaalah kemaluan saya. Dan minta doktor terangkan lebih lanjut tentang masalah keputihan saya yang semakin teruk ini. Umur saya sekarang 15 tahun pada 2021 ini.saya nak minta doktor perempuan yang tolong beri keterangan tentang masaalah keputihan yang saya hadapi ini yea doc. Terima kasih bayak yea.maaf jika terkasar bahasa. Assalamualaikum.

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Saya fahami kebimbangan anda tentang masalah keputihan yang anda alami. Untuk makluman anda, kejadian ini seringkali merupakan keputihan yang biasa dan normal tetapi terdapat juga keputihan yang disebabkan oleh penyakit atau jangkitan kuman. Ia adalah amat penting untuk golongan wanita berwaspada dan mengambil tahu tentang jenis-jenis keputihan. Adalah cukup baik jika anda boleh membezakan keputihan yang normal dan keputihan yang tidak normal.

Warna keputihan normal adalah apabila keputihan yang dialami jernih atau putih susu. Konsistensi dan jumlah juga bergantung kepada kitaran haid anda. Manakala, seringkali, keputihan patologik / tidak normal berwarna kuning, hijau atau kelabu dan selalunya diiringi dengan bau yang busuk. Keputihan ini juga bersifat kental dan melekit. Jumlah keputihan yang dikeluarkan juga amat banyak apabila dibandingkan dengan keputihan yang normal.

Keputihan dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:

  • jangkitan bakteria, parasit, dan yis
  • ketidak seimbangan hormon
  • gaya hidup yang tidak sihat
  • masalah kesihatan

Kaedah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keputihan.

  • Sentiasa menjaga kebersihan faraj dan elakkan bahan cucian yang menganggu kestabilan pH faraj
  • Elakkan daripada melakukan seks rambang tanpa perlindungan
  • Elakkan pengambilan ubat ataupun antibiotik secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor.
  • Sentiasa menukar tuala wanita ketika datang haid

Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Jangan biarkan masalah keputihan menganggu kehidupan seharian anda. Dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan.

AdobeStock_127296206

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)