
Sulit
5 tahun
Masaalah period 2 hingga 3 bulan tak datang
Assalamualaikum
Saya mengalami masaalah period yang kadang2 sampai 2 bulan tak datang… kadang kadang saya ingat saya pregnant… and keputusan amat mengecewakan… boleh saya tahu jika saya ke klinik pakar cik puan, adakah ada sebarang ubat untuk melancarkan haid dan menstabilkan hormon saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda tidak didatangi haid, ianya boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Kesan mengambil suntikan perancang kehamilan - haid boleh menjadi tidak teratur selepas 3-6 bulan berhenti suntikan perancang
Kehamilan - anda boleh memeriksa ujian air kencing untuk pengesahan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.