
Sulit
4 tahun
Masalah air keluar dari kemaluan selepas berhubungan intim dengan suami
Saya wanita berumur 26 tahun. Pertama kali terjadi selepas berhubungan bersama suami selepas datang bulan.dan selepas 3hari tiba2 di bahagian kemaluan saya keluar air putih seakan-akan kuning dan kental.tetapi tidak ada rasa gatal di bahagian vagina,sakit ketika membuang air dan tidak sakit ketika di vagina ketika bersama suami.ada penjelasan tak untuk soalan saya??adakah ianya merbahaya atau tidak.? Dan ada cara untuk menghindari sekiranya ia membahayakan kesihatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Bacterial vaginosis
- Penjagaan kemaluan dan kawasan sekitar yang kurang memuaskan
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Cervicitis
- Vaginitis
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Berkaitan rawatan pula, ia bergantung kepada diagnosis yang diberikan oleh doktor. Sukar untuk kami mengatakan sama ada ia berbahaya ataupun tidak kepada kesihatan kerana maklumat lanjut adalah diperlukan dan anda perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui puncanya.
Untuk menangani masalah ini, beberapa perkara boleh dilakukan:
- Meningkatkan penjagaan kebersihan kawasan kemaluan
- Elakkan dari menggunakan pakaian dalam yang lembap
- Menggunakan pakaian dalam yang berasaskan kapas
- Elakkan dari menggunakan pencuci wanita terlalu kerap
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Sakit dan kerap membuang air kencing
- Air kencing bercampur nanah dan/atau darah
- Terdapat cecair berbau busuk keluar dari kemaluan anda
- Gatal-gatal di sekitar kawasan kemaluan
- Loya dan muntah
- Sakit perut atau di kawasan kemaluan
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian, seksual dan tidur anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.