
Sulit
3 tahun
Masalah air mani kerap keluar ketika tidur
saya lelaki berusia 20 tahun. saya kerap mengalami masalah air mani keluar ketika tidur. adakah disebabkan saya pernah melakukan onani sebelum ini? apakah yang perlu saya lakukan untuk mengubati masalah atau langkah awal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera
terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Kami akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh terjadi atas beberapa sebab, antaranya:
- mimpi basah - hal yang normal. Ejakulasi air mani yang berlaku semasa tidur. Kajian menunjukkan bahawa ramai lelaki mengalami ejakulasi malam pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Terdapat perbezaan antara orgasma malam dan ejakulasi malam kerana para lelaki boleh mempunyai orgasma malam (klimaks seks) tanpa ejakulasi (pelepasan mani cecair).
- nocturnal emission
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat sedatif boleh menyebabkan relaksasi saraf atau ubat anti-hipertensi boleh menyebabkan saraf yang lemah untuk berfungsi.
- Pengambilan minuman alkohol dan kuat merokok boleh menghalang pengaliran darah dan menyebabkan kelemahan saraf dan rembesan hormon yang terganggu.
- Gangguan kesihatan mental juga boleh mengakibatkan mimpi basah kerana gangguan rembesan hormon terjadi.
- Obesiti dan kurang aktiviti fizikal mengurangkan pengaliran darah ke organ pelvis.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.