
Anonymous
5 tahun
Masalah alat kelamin Lelaki
Saya kerap menonton video lucah tanpa melakukan onani. Ape kesannya pada zakar atau alat kelamin saya. Masalah kedua jika menonton sehingga Air mani keluar sendiri tanpa onani berbahaya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, Kegiatan onani (Masturbation) merupakan sejenis kaedah untuk mencapai kepuasan seksual dengan meraba alat sulit sehingga mencapai klimaks.Ianya memang biasa untuk melakukan aktiviti melancap pada usia yang muda ini. Namun demikian, melancap mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Jadi, ianya lebih baik untuk mengetahui keburukan dan kebaikannya terlebih dahulu dan membuat keputusan dengan sendiri sama ada ingin melakukannya atau tidak.
Antara keburukan melakukan gejala onani adalah:
- Kecutan bahagian zakar.
- ‘Erectile dysfunction’.
- Ejakulasi pramatang.
- Cepat kelihatan tua.
- Kemandulan
Oleh itu,anda harus pandai mengawal emosi dan jangan kerap sangat melakukannya sehingga menjadikannya rutin seharian.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.