
Sulit
4 tahun
Masalah alat kelamin tidak tahan lama
Sejak 3 minggu lepas, saya diet dengan drastik…sejak itu saya rasa alat kelamin lemah bila nak bersama…adakah kelaparan boleh buat alat kelamin saya lemah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah alat kelamin.
Untuk pengetahuan anda, diet seharian boleh memberi kesan kepada nafsu seksual seseorang. Berikut saya kongsikan kesan beberapa makanan kepada hubungan seksual.
Pengambilan protein rendah: bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan, ramai yang akan bertukar menu daripada nasi dan protein kepada sayuran dan buah semata mata. Hal ini sebenarnya memberi kesan kekurangan Vitamin D dalam badan. Vitamin D yang biasanya diperolehi dalam protein amat penting untuk kesihatan salur darah.
Pengambilan porsi yang banyak: makan dengan porsi yang besar boleh tertuamanya yang mengandungi karbohidrat dan gula menyebabkan seseorang malas dan penat. Hal ini boleh memberi kesan dalam hubungan seksual.
Pengambilan gula yang tinggi: Gula bukan sahaja bahaya untuk kesihatan kita secara umum, malah ia juga boleh menyebabkan nafsu seksual kita berkurangan.
Terdapat beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan tenaga batin.
- Terlibat dengan senaman yang sentiasa aktif
- Banyakkan permakanan sayur-sayuran dan buah-buahan
- Tingkatkan pemakanan yang mengandungi omega-3, Vitamin B1, dan juga telur.
- Kurangkan stress.
- Kurangkan merokok atau alkohol.
- Keluar dari rumah untuk mendapatkan cahaya matahari.
- Melancap atau melancap sejam sebelum melakukan hubungan seks
- Menggunakan senaman Kegel : Kemutkan lubang dubur selama 3 saat dan legakan selama 3 saat. Ulang beberapa kali dalam sehari.
Jika masalah ini telah selesai, nikmatilah saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah