ni958026
3 tahun
Masalah angin didalam badan
Saya dh umur 46 tahun tapi tk pernah sekali pun check payudara Dan saya nk Tanya dimana blh saya dapat buat pemeriksaan kerana takut sekarang banyak penyakit yg bahaya
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, anda juga boleh melakukan pemeriksaan sendiri payudara. Perhatikan jika ada apa- apa perubahan pada tisu payudara seperti perubahan pada saiz, benjolan, kulit berkedut atau lelehan dari puting. Namun, 8 daripada 10 benjolan adalah bukan kanser.
Selain itu, anda boleh mendapat perkhidmatan ini dari mana-mana klinik kesihatan, klinik LPPKN ( Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara), klinik FPA ( Persatuan Perancang Keluarga) dan klinik swasta.
Sekiranya anda masih mepunyai keraguan tentang perkara ini, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































