
Sulit
4 tahun
Masalah batin dan masalah dengan psikologi
Saya irwan berumur 30,msalah saya adalah dengan psikologi tapi saya juga ada maslah batin dan sukar untuk bertahan lama,dlu tidak saya selalu ada morning wood tapi sudah berapa tahun ni saya tak rasakan lagi,mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, morning wood atau nocturnal penile tumescence (NPT) ini bukanlah ereksi biasa kerana tidak berkaitan dengan pemikiran atau rangsangan seksual. Ini hanyalah hasil dari kitaran tidur, digabungkan dengan saraf dan aliran darah yang sihat di dalam badan.
Oleh disebabkan itu, sekiranya seorang lelaki tidak mempunyai NPT secara berkala ianya boleh disebabkan oleh
Masalah kesihatan, seperti penyakit jantung, diabetes, obesiti, kolesterol tinggi, darah tinggi
Ketidakseimbangan hormon, seperti penurunan testosteron
Tidak mendapat tidur yang berkualiti
Faktor umur- perubahan ini harus berlaku secara beransur-ansur, ketika tahap hormon berubah.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terutama sekali sekiranya anda yang menyedari penurunan jumlah episod NPT secara tiba-tiba untuk menolak kemungkinan masalah kesihatan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.