
Sulit
4 tahun
Masalah berat badan/bmi
Saya umur 24 tahun dan berat badan saya bawah dari 35kg dan tinggi saya bawah dari 145cm.berat badan saya susah nak naik walaupum saya makan banyak tapi perut saya cepat kenyang walaupun makan dalam kuantiti yang sikit.Apa perlu saya buat untuk naik kan berat badan saya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, melalui kalkulator BMI, anda dikategorikan dalam kekurangan berat badan. Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menaikkan berat badan secara sihat seperti:
- meningkatkan pengambilan makanan
- pilih makanan yang tinggi kalori dan mengandungi protein yang tinggi
- mengamalkan makanan yang seimbang
- mengamalkan senaman boleh meningkatkan selera pemakanan
- dapatkan tidur yang cukup kerana badan akan menyimpan kalori sewaktu tidur
Nak berat badan yang ideal? Dapatkan segera!
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Inginkan nasihat tentang metabolisma anda? Pakar kami sedia membantu