
sueaydahs
5 tahun
Masalah berat badan Dan perut buncit
Sya just nak tahu apa Cara selamat Dan sihat utk memulakan diet?
Dan sya nak tahu betulkah oat bagus utk diet harian? Contoh nya oat quick cook?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, masalah berat badan berlebihan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara:
- Masalah genetik atau keturunan.
- Usia yang makin meningkat
- Kurang makanan dan minuman yang berkhasiat.
- Menghidap penyakit-penyakit serius seperti hypothyroidism
- Masalah hormon seperti PCOS
- Stres atau tekanan emosi dan mereka yang menghidap penyakit psikiatrik
Antara langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan berat badan adalah
- Mengamalkan diet yang seimbang untuk menurunkan berat badan
- Senaman untuk mengurangkan lemak
- Bagi pesakit yang menghidap penyakit serius, ubat-ubatan boleh digunakan untuk merawat penyakit (atas nasihat doktor)
- Zat-zat tambahan (supplemen) yang mengandungi vitamin dan mineral
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sebelum memulakan sebarang pengubatan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.