
Sulit
3 tahun
Masalah berkaitan abdomen
Saya female berusia 22 tahun, hampir setiap hari saya rasa loya atau perut tak selesa, dan saya pernah ditegur oleh tukang urut professional 2 tahun lepas, tentang epigastric region saya keras dan mmg smpai sekarang masih sama. Saya mula risau kerana baru2 ni selepas derma darah saya dipanggil ke hospital kerana positive hepatitis tetapi confirmatory test negative. Ujian semula darah pun saya dpt pnggilan dr hospital untk dberi tarikh temujanji baru.Saya harap doctor boleh bagi nasihat dan cadangan supaya saya bersedia mentally and improve hidup saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Dispepsia ( indigestion )
- Jangkitan kuman Helicobacter pylori di dalam perut
- Gastroesophageal reflux disease (GERD) suatu keadaan yang menyebabkan asid perut mudah naik seperti akibat tekanan dalam perut pada wanita hamil
- Esophagitis iaitu keradangan esophagus biasanya akibat refluks asid perut
- Penyakit ulser peptik iaitu apabila terdapat luka di dalam dinding perut
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.