Sulit
5 tahun
Masalah berkaitan Sakit Puan
Assalamualaikum Dr.
Saya berusia 28 tahun, baru berkahwin Disember 2019. First period Januari tu sy alami senggugut yg sgt teruk, darah jd berketul² & hitam. Berlarutan hingga bulan Mac. Dlm masa yg sama, sy hidap kencing kotor dr awal Jan - akhir Februari. Then, bulan Mei period cycle lambat sampai 39 hari… Biasanya 33-35 hari. Sy ada buat upt dan positif, tp lps tu period baru dtg. Next bulan Julai lambat jugak sampai 40 hari. Sy ada buat upt jgk & hasil yg sama. Period Mei-Julai ni tersekat² & ambik masa sampai 12-13 hari. Tempoh biasa period 10 hari.
Adakah simptom yg sy alami disebabkan ketidakseimbangan hormon atau masalah lain yg lebih serius?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya dapati anda mengalami masalah sengugut serta darah haid berketul dan berwarna hitam. Namun sekarang, masalah yang anda alami adalah kitaran haid semakin lama sekitar 39 hingga 40 hari berbanding 33-35 hari sebelum ini. Pada masa yang sama, ujian kehamilan melalui air kencing anda menunjukkan anda hamil.
Untuk makluman pihak anda, sukar untuk kami membuat diagnosis megenai punca sebenar masalah yang anda hadapi. Hal ini kerana, ianya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Tambahan pula, ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) anda menunjukkan positif.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

























