
Sulit
4 tahun
Masalah bulu di badan
saya remaja perempuan berumur 16 tahun badan saya ditumbuhi bulu roma yang lebat termasuk di muka. ada ke pill untuk menghilangkan bulu di anggota badan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, secara amnya, pertumbuhan bulu roma bergantung kepada pelbagai faktor seperti keturunan serta hormon. Namun, pertumbuhan bulu yang terlalu lebat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- PCOS
- Sindrom cushing
- Kencing manis
- Kesan sampingan dari ubat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.