
Sulit
5 tahun
Masalah cepat pancut dan pandai mati sendirinya
Saya lelaki berumur 24 tahun saya ada masalah cepat pancut dan cepat lemat lepas tu pandai mati sendiri macam mana mau selesai kan tu dok

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebanyakan kes, ejakulasi pramatang adalah disebabkan oleh faktor psikologi dan mempunyai prognosis yang baik.
Selain itu antara rawatan ubat bagi masalah ini adalah
Ubat antidepresan
Ubat Dapoxetine
Terapi topikal
Rawatan di rumah untuk membantu lelaki yang menghadapi masalah ini adalah
Kaedah permulaan dan hentian: cara ini bertujuan untuk meningkatkan kawalan seseorang terhadap ejakulasi. Sama ada lelaki atau pasangannya menghentikan rangsangan seksual pada ketika dia merasa dia akan mempunyai orgasme, dan kembali merangsang apabila sensasi orgasme telah reda.
Latihan Kegel, yang bertujuan untuk menguatkan otot bawah pinggul, boleh membantu lelaki dengan ejakulasi pramatang seumur hidup. Antara terapi fizikal yang boleh dijalani adalah:
fisio-kinesioterapi untuk mencapai penguncupan otot
elektrostimulasi lantai perineum
“biofeedback” yang membantu mereka memahami bagaimana mengawal kontraksi otot di lantai perineum
Sekiranya masalah ejakulasi pramatang masih terjadi walaupun telah mencuba beberapa cara untuk atasi isu ini, anda haruslah berunding dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang secukupnya supaya ia tidak menjejaskan hubungan seksual anda dengan pasangan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.