
Sulit
4 tahun
Masalah cycle haid tidak tetap
Saya jiha,berumur 20 tahun.saya nak tanya pendapat doctor normal ke kalau haid datang setiap bulan tapi period cycle berubah-ubah? Period cycle masih antara 21-35 hari tapi tak tetap pada setiap bulan. Adakah hal ini perlu dirujuk pada doctor secara bersemuka?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kitaran haid yang tidak tetap. Haid tidak teratur ini merupakan satu perkara yang biasa dialami oleh sesetengah golongan wanita yang sihat, sekurang-kurang nya sekali dalam seumur hidup mereka.
Untuk makluman anda, kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda. Antara punca masalah kitaran haid yang tidak teratur adalah:
- aktiviti bersenam yang berlebihan
- berat badan berlebihan
- penurunan berat badan yang mendadak
- tekanan stres
- masalah pada struktur rahim seperti fibroid, polip
Namun begitu, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami:
- Kitaran haid anda kurang atau lebih dari tempoh yang normal
- Mengalami haid di antara 2 menstruasi
- Sakit yang tidak tertahan ketika haid
- Darah haid yang terlalu banyak seperti harus menukar tuala wanita setiap satu jam
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!