
Sulit
5 tahun
Masalah dalaman lelakii
Dr, sy ingin bertnya… Sy seorng lelaki yg kerap bermimpi malam… Stakat skrang, 2-3 hari berturut-turut sy mimpi sehinggakan kuantiti air mani berkurangan… Kekadang sy mimpi berhbngan kelamin… Mngkin itu perkara biasa… Tetapi kekadang ada juga bila sy bermimpi sesuatu yg terlalu takut pon boleh menyebabkn trkeluarnya air mani… Boleh sy mendapatkn pendapat dr, adakah ianya normal? Atau sy akan mengalami masalah mati pucuk? Sy ada trbaca di google bahawa bila mimpi kerap boleh menyebabkan mati pucuk… Benarkah dr?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kerap mimpi basah ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti faktor ketidak-stabilan hormon (akibat keletihan atau penyakit) ataupun masalah seperti sawan ketika tidur. Kerap keluar air mani tanpa sengaja bukanlah gejala untuk mati pucuk namun ianya perlu disiasat sekiranya berterusan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.