Sulit
3 tahun
Masalah darah penyakit yang lama, masalah haid tidak teratur
Saya berumur 19 tahun, sepatutnya saya kena haid akhir bulan april 2020,namun saya lambat dalam beberapa hari menyebabkan saya datang haid pada awal bulan Mei dan kena selama 13 hari. Itu memang kitaran haid yang saya selalu kena. Kemudian pada hari ke 8 saya suci daripada haid, saya didatangi darah semula, tapi sayayakin bahawa ia merupakan darah penyakit(isthihadah) sebab ia masih dalam tempoh suci saya iaitu tidak melebihi 15 hati lagi. Sebelum ini juga saya pernah kena pada umur 15/16 tahun. Dan hari ini merupakan sudah cukup seminggu darah penyakit ini masih ada. Jadi, adakah saya mempunyai apa-apa penyakit? saya sangat risau. Terima kasih.
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.