
Sulit
4 tahun
Masalah ejakulasi/pancut awal
Saya berumur 21 tahun, saya mengalami masalah cepat pancut. Ketika melakukan hubungan intim dan onani, zakar saya sukar dan lambat mengeras malahan ianya terpancut lebih awal sebelum mengeras atau mencapai tahap sebenar. Malahan, bentuk zakar saya juga kelihatan sangat lemah iaitu membengkok ke bawah walaupun sudah mengeras. Perkara ini membuat saya berasa malu, down dan tertekan. Apa punca dan rawatan yang perlu saya lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ejakulasi pramatang yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebanyakan kes ejakulasi/pancutan pramatang tidak berkaitan dengan sebarang penyakit dan sebaliknya disebabkan oleh faktor psikologi, seperti:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Oleh hal yang demikian, cara untuk merawat penyakit ini adalah seperti yang berikut:
- Kaunselling
- Senaman otot pelvik
- Teknik jeda-pegang
- Kondom
- Ubat-ubatan
Anda disarankan untuk mengelakkan hubungan seks rambang untuk mengelakkan penyakit kelamin. Onani juga harus dikurangkan kerana ini boleh mengganggu tahap sensitif kemaluan dan secara psikologi. Berikut merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan. Bagi mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih