Sulit
5 tahun
Masalah ejakulasi pramatang sehingga isteri tidak merasa puas
Saya lelaki berumur 28 tahun…saya mengalami masalah pancut awal hingga membuatkan isteri saya tidak puas diranjang…adakah saya perlu membuat rawatan atau memakan ubat untuk masalah ini…tidak sampai 5 minit saya sudah berejakulasi…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ejakulasi pramatang yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebanyakan kes ejakulasi/pancutan pramatang tidak berkaitan dengan sebarang penyakit dan sebaliknya disebabkan oleh faktor psikologi, seperti:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Oleh hal yang demikian, cara untuk merawat penyakit ini adalah seperti yang berikut:
- Kaunselling
- Senaman otot pelvik
- Teknik jeda-pegang
- Kondom
- Ubat-ubatan
Berikut merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan. Bagi mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































