
Sulit
4 tahun
Masalah ejakulasi tidak penuh
saya berusia 16 tahun,bila saya rasa terejakulasi,saya punya zakar tidak terejakulasi secara penuh sepenuhnya, adakah saya mengalami mati pucuk? Apa yg perlu saya lakukan sekarang sebelum berumur 18 tahun

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Namun begitu, saya kurang pasti dengan persoalan anda. Jika anda mengalami masalah kuantiti semen yang sedikit, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan semen sedikit seperti:
- Hormon testosteron rendah
- Kencing manis
- Kelenjar prostat besar
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti antibiotik dan antidepressi
Mati pucuk atau lebih dikenali sebagai lemah tenaga batin boleh didefinisikan sebagai penyakit semula jadi di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ketika ingin melakukan hubungan seks. Ia juga merujuk kepada ketidakupayaan seorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan seks.
Terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya mati pucuk. Keadaan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu faktor-faktor yang boleh diubah dan faktor-faktor tidak boleh diubah.
Antara faktor-faktor yang boleh diubah:
- Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Berat badan berlebihan
- Merokok
- Penggunaan dadah terlarang
- Aktiviti seksual tidak sihat
- Masalah kesihatan mental
Faktor-faktor yang tidak boleh diubah. Antaranya;
- Umur yang meningkat
- Trauma kepada alat kelamin
- Penyakit genetik
- Penyakit saraf
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah