
Sulit
3 tahun
Masalah ereksi pada zakar
Salam. Sy berusia 38 tahun, tidak merokok mahupun mengambil sebarang jenis dadah/ubatan.
Masalah saya bermula sejak sebulan yang lalu dimana zakar saya hanya mampu menegang dalam tempoh yang singkat. Apa yang terjadi, zakar itu akan mengendur sebelum penetrasi dapat dimulakan. Perkara ini telah menjejaskan kualiti hubungan suami isteri antara kami.
Mohon pandangan Dr, nama jenis ubatan apa yang saya mudah perolehi di farmasi berhampiran. Untuk maklumkn Dr juga, saya tidak mempunyai sebarang elergi pada ubat-ubatan.
Sekian, terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
- Darah tinggi
- kesan sampingan ubat-ubatan psikiatri, ubat diabetis, darah tinggi dan antihistamine
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.