
Sulit
4 tahun
Masalah gatal dibahagian sulit
Saya ada mengalami masalah gatal pada bahagian sulit gatal sangat2…saya dah makan ubat beli dekat farmasi tapi tidak berkesan jugak…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah gatal di bahagian kemaluan boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:
- Sebab fizikal seperti akibat bulu kemaluan
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.