
Sulit
5 tahun
Masalah haid berpanjangan slama 2mingu
saya wanita 24 tahun …sudah bkhwin tp belum mempunyai cahay mata …saya ingin bertanya kepada doktor tentang masalah haid saya …10/10/2019 saya tlah period dan kosong pada 11/10/19 datang lagi 12/10/10 kluar dgn aliran yng banyak .sampai 16 msih bnyak dan smestinya habis pada tarikh 16 tsbt…ttp sampai hari ini msih ada lagi darah kluar …kalau saya berasa letih dan darah akan kluar…sudah dua bulan lalu saya mengambil pil tranemix acid yang disyorkan doktor utk mghentikan haid saya pada bulan lalu kerana sampai 2 minggu lebih period…dan saya mpunyai masalah haid tidak teratur semenjak bkahwin …masa berkahiwn dulu saya ada mengambil pil perancang slma 3 bulan …dan slpas 3 blan saya hentikan kerana berancang ingin mempunyai cahaya mata…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Pola haid yang diluar batas normal juga dikenali sebagai abnormal uterine bleeding . Apabila haid datang lebih cepat daripada 24 hari dalam kitaran haid, ia dapat dikatakan tidak normal. Apabila perdarahan rahim abnormal terjadi, ia kemungkinan disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.