
Sulit
4 tahun
Masalah haid(pendarahan dan spotting berwarna coklat)
Hi,sy berumur 27 tahun,berat badan 93.5kg,belum berkahwin(tetapi pernah berhubungan seks). saya tidak datang bulan bermula Januari 2021 sehingga Februari 2021. Pada 19 March 2021,saya hadapai tanda-tanda nak period,tetapi yang keluar hanya spotting berwarna coklat selama hampir 3 minggu. kemudian baru pengeluaran darah seperti darah haid selama 8 hari. Pada hari ke-9 sehingga sekarang masih ada spotting coklat dan keluar juga seperti darah. Semasa buang air kecil juga ada keluar lendiran darah seperti haid. Masalah ini saya hadapi bermula 19 March sehingga sekarang. dalam tempoh tersebut saya ada buat ujian pap smear dan masih menunggu keputusan ujian tersebut.
Adakah saya mengalami endometriosis atau bagaimana? Dan bagaimana saya boleh buat pemeriksaan berkaitan dengan masalah yang saya hadapi ini? terima kasih doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala lendiran atau tompokan berwarna coklat yang dialami secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan kitaran haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca keluarnya cecair coklat dari faraj. Antara punca utama termasuk:
- Ovulasi
- Perimenopaus
- Kehamilan
- Tisu endometrium
Atau ia juga boleh disebabkan oleh
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah kesihatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Endometriosis merupakan kondisi dimana tisu dari lapisan rahim didapati berada di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit pada organ wanita yang terkait.
Justeru anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Justeru buat sementara waktu, kami sarankan anda untuk menunggu dahulu hasil ujian pap smear yang telah dilakukan. Tambahan lagi, kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.