
Sulit
4 tahun
Masalah Haid tidak teratur
Saya wanita berusia 21 tahun, telah mengalami haid tidak teratur sejak 14 tahun.kadang kadang haid hanya datang dua bulan sekali atau paling lama tidak datang haid 6 bulan. Haid juga datang terlalu sikit dan kadang juga terlalu banyak. Saya telah mendapatkan nasihat doktor 2 kali dan punca adalah masalah berat badan berlebihan. Kini saya telah menurunkan berat badan lebih daripada 15kg tetapi masalah haid tidak teratur masih ada. Mohon nasihat dan pandangan dokto

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan beberapa perkara, secara amnya, seperti:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!