
Sulit
3 tahun
Masalah haid yang pendek
Saya ibu 40thn. Masalah saya ialah haid saya hanya 3 hari setiap bulan dan kitaran haid 26 hari. Adakah ini mengganggu kesuburan saya dan tanda-tanda monupous? Saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, jangka haid dalam 3 hari hingga 7 hari setiap bulan adalah normal, dan kitaran haid dari 21 hari hingga 40 hari adalah normal. Jangka masa datang haid untuk setiap wanita berbeza, jika anda terada dalam jangka yang diterangkan ini dan haid anda teratur, anda adalah normal.
Selain itu, sekiranya anda datang haid, ia bermaksud tubuh anda masih menjalani proses ovulasi, berupaya untuk hamil, dan anda adalah subur.
Gejala dan tanda menopause adalah seperti yang berikut:
- Masa awal, kitaran haid akan menjadi tidak teratur dan semakin berpanjang, akhirnya berhenti selama setahun untuk dikenali sebagai menopause.
- Rasa badan panas
- Berpeluh waktu malam
- Sukar tidur
- Perubahan mood, kegelisahan
- Sukar fokus
- Perubahan berat badan
- Lapisan faraj jadi nipis dan kekeringan
- Kelesuan, sakit sendi atau sakit otot
- Kerap buang air kecil
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujukkan perkara ini kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.