
Sulit
5 tahun
Masalah HIV dan masalah kewangan nak kahwin!
Saya lelaki berusia 24 tahun. sejak-sejak ni saya rasa sangat tertekan disebabkan masalah kewangan untuk berkahwin desakan dari belah pihak wanita menyebabkan saya berasa sangat tertekan sehinggakan saya untuk mencari ketenganan dengan mencari sesorang melalui applikasi dan saya telah menjalani hubungan seks dengan beliau. Saya berasa sangat menyesal dan stress, bolehkah saya membuat ujian test hiv hari ni juga?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Saya amat bersimpati dengan masalah yang sedang anda hadapi kini. Untuk makluman pihak anda, HIV boleh diuji melalui cara “Rapid Test Kit” dan analisa darah yang mana kedua-duanya merupakan ujian yang boleh dipercayai.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.