
Sulit
3 tahun
Masalah jerawat selepas berhenti menyusu
Hai, saya baru saha berhenti menyusukan anak. Namun, setelah berhenti menyusukan anak, saya mengalami masalah jerawat pada wajah. Adakah hal ini disebabkan oleh perubahan hormon?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, perubahan hormon sememangnya berlaku setelah berhenti menyusu. Antara perubahan yang berlaku adalah:
Penurunan kadar hormon Prolaktin
Hormon ini dihasilkan ketika bayi menyusu supaya lebih susu boleh dihasilkan oleh badan. Dengan penurunan hormon ini, ia menyebabkan kadar estrogen serta progesteron dalam badan tinggi kepada kadar sedia kala.Penurunan kadar hormon Oksitosin
Turunnya kadar hormon ini menyebabkan para ibu sering mengalami perubahan emosi dan berasa sedih.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Kami harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.