Sulit
6 tahun
Masalah Kegatalan Kemaluan
Selamat Petang Doktor,
Saya sudah setahun berkahwin dan masih mempunyai masalah untuk melakukan persetubuhan. Saya sering merasakan sakit dibahagian kemaluan ketika melakukan persetubuhan dan ini menyebabkan suami terpaksa berhenti bersetubuh. Sehingga kini, saya masih belum dpt memuaskan suami kerana kesakitan yg sy alami tersebut. Dan sy juga mengalami masalah kegatalan melampau bahagian vagina. Boleh doktor cuba sarankan apa yg perlu saya lakukan untuk menghilangkan kesakitan di bahagian kemaluan ketika melakukan persetubuhan? Dan boleh sy tahu apa yg menyebabkan kegatalan tersebut? Adakah ia merbahaya pada kesihatan rahim saya? Terima kasih doktor.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Untuk makluman anda, masalah ini sering dialami para wanita yang baru kahwin atau pertama kali berhubungan. Antaranya ialah:
- Vagina kering dan memerlukan lubrikasi.
- Kecederaan fizikal
- Iritasi bahan pencuci wanita
- Jangkitan kulit alat kelamin
- Vaginismus: Otot faraj mengecut
- Bahagian vagina abnormal sejak lahir
- Masalah psikologi seperti stres atau tekanan emosi
Doktor memerlukan maklumat lanjut untuk membezakan jenis kesakitan sama ada ketika kemasukan atau kesakitan yang lebih dalam untuk mengetahui punca kesakitan bersama.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor berdekatan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
































