
Anonymous
6 tahun
Masalah kelewatan haid
saya wanita berumur 26tahun. saya mengalami masalah kelewatan haid 5hari(sepatutnya tarikh saya dtg haid bln ini adalah 25/4… last dtg haid 1/4) ada kah kelewatan haid ini mungkin berpunca daripada ubat2(ubat demam, batuk, selesema) yg saya ambil ketika sya demam pada pertengahan bln?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara punca- punca kitaran haid yang tidak teratur adalah:
- Perubahan hormon akibat keletihan, tekanan emosi atau jadual harian yang padat
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!