
Sulit
4 tahun
Masalah keluar benjolan semasa buang air besar
saya lelaki berumur 30an… masalah yang saya alami sudah lebih 10 tahun iaitu terdapat benjolan pada dubur semasa buang air besar dan benjolan itu terpaksa ditolak masuk setelah selesai membuang air besar…apakah kaedah perubatan yang patut saya lakukan samada perubatan moden atau tradisonal… tq doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan kelegaan buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dan benjolan yang terdapat pada daerah dubur anda boleh disebabkan:
- Penyakit kulit yang lain seperti (jerawat, sifilis, kankroid, dll.)
Atau gangguan saluran pencernaan seperti: - Buasir (buasir yang berat akan disertai dengan gejala berak berdarah)
- Rectal polyp
- Rectal prolapse
- Angin pasang (baca: hernia )
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah yang lebih tepat haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.