Sulit
6 tahun
Masalah Kemaluan Remaja Lelaki
saya lelaki berumur 21, saya menyedari bahawa telur saya menjadi kecut ketika saya mandi iaitu pada waktu malam pada pukul 10 ke atas dan telur saya juga besar sebelah, adakah tu normal atau satu penyakit? apakah cara untuk mengubati?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda remaja adalah apabila sesorang itu berusia kurang 18 tahun.
Merujuk kepada keluhan anda yaitu telur menjadi kecut, sebetulnya ia boleh jadi adalah suatu proses normal akibat perubahan suhu. Akan tetapi, sekiranya ia berterusan dan berulang, dikhuatiri terdapat beberapa penyebab seperti:
- Undescended testis
- Hydrocele
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































