
Sulit
4 tahun
Masalah kemaluan saya tak menegak apabila melakukan seks
Sya lelaki berusia 32thn.ingin cuba tahu apa punca masalah yg sya hadapi pada kemaluan sya.sya telah melakukan seks.pada mulanya bila di layan barang saya terus menegak.apabila sya terus melakukan seks dan cuba masukkan barang kemaluan sya kepada si dia…tiba2 ia terus layu…perkara ini sya alami dekat sebulan sering kali terjadi dah.
Bole say tahu apa punca dan masalah sya hadapi ni?
Trima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Antaranya punca masalah mati pucuk:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Melalui penerangan anda di atas saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara cara merawat Mati Pucuk adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
- Ubat-ubatan
- Selepas ereksi berlaku, alat berupa getah akan diletakkan di pangkal zakar bagi mengekalkannya. Alat vakum plastik kemudian dialih sebelum meneruskan hubungan seks. Getah tadi perlu dilepaskan dalam masa 30 minit atau pembengkakan boleh berlaku.
- Prostesis Zakar,doktor bedah juga boleh memasukkan rod ke dalam zakar secara kekal bagi menyelesaikan masalah ini.
- Rawatan lemah tenaga batin juga terdiri daripada kaedah pengubahsuaian gaya hidup iaitu dengan pengubahsuaian gaya hidup termasuklah dengan bersenam lebih kerap,mengamalkan diet yang sihat ,menguruskan stres.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah