
Sulit
3 tahun
Masalah kemaluan timbul biji
Sya wanita berumur 28 sya ingat betanya ada timbul biji di kemaluan,sya ingat betanya tu penyakit apa dan apa ubat untuk sembuhkan penyakit begtu,tidak gatal tidak sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami dan bertanyakan masalah anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu biji yang timbul pada kemaluan. Untuk pengetahuan anda, secara umum, masalah sebegini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
Sekiranya anda mengalami biji atau benjolan serta simptom berikut, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi rawatan lanjut.
- Terdapat discaj atau nanah dari benjolan tersebut
- Sakit atau tidak selesa semasa hubungan seks
- Sakit, kemerahan serta benjolan pada bahagian alat sulit
- Gatal pada bahagian kemaluan
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu,sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera .