Anonymous
4 tahun
Masalah keputihan dan kegatalan pada miss V
Hi doktor. Saya 26 tahun dan baru habis berpantang sebulan yang lepas. Lepas saja habis berpantang saya mengalami keputihan yang berwarna agak kekuningan sedikit sehingga sekarang dan mengalami kegatalan pada miss V lebih kurang seminggu yang lepas sehingga membuat saya kurang selesa dengan kegatalan tersebut. Apa yang hendak saya lakukan untuk mengubati kegatalan tersebut doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputihan selepas bersalin boleh terjadi kerana:
- Darah nifas
- Keputihan fisiologi
- Vaginosis bakteria
- Jangkitan kandidiasis
Untuk menangani permasalahan ini beberapa langkah-langkah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.