
fatihahfadhil
2 tahun
Masalah kerap melancap
Saya wanita dalam 21’an. Kawan saya pernah bercerita mengenai melancap. Katanya dia kerap melancap dan pada suatu hari ketika dia sedang melancap ada sepihan darah dia jarinya. Dan mulai daripada hari itu , setiap kali dia melakukn melancap di jarinya mempunyai sepihan darah seperti darah cair , ada kalanya darah berwarna merah pekat sedikit. Apakah penyakit yang dialami ? Dan bagai manakah cara untuk mengelakkn daripada sebarang penyakit ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang kawan anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keraguan anda tentang masalah yang dihadapi oleh kawan anda. Untuk makluman pihak anda, masalah air mazi/air mani berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang pada pundi atau saluran kencing
- Radang pada bahagian prostate atau kantung zakar (untuk lelaki)
- Jangkitan pada bahagian yang dinyatakan di atas
- Trauma atau kecederaan pada bahagian pundi, saluran kencing, dan juga pada mana-mana bahagian di kawasan pelvik
Berbalik kepada soalan anda, untuk mengelak dari sebarang penyakit, individu harus :
- Amalkan gaya hidup sihat
- Elakkan bertukar pasangan
- Pakai kondom sewaktu melakukan hubungan seksual
Untuk mengetahui punca masalah yang kawan anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.