Sulit

4 tahun

Masalah kitaran haid dan senggugut teruk

Salam sejahtera. Saya berumr 22 tahun dan saya mengalamai masalah kitaran haid. saya belum berkahwin. Haid saya tidak teratur. Kdg2 smpai 4-6bulan saya tidak dtg haid. Apabila haid saya dtg. selepas berbulan bulan tidak haid. Saya akan mengalami senggugut teruk dan menjejaskan aktiviti harian saya. Haid saya pula akan berpanjangan sehingga 13-15hari. saya juga mengalami masalah senggugut selepas hbis haid sekali dgn Sakit perut bahagian kiri. Sebelum haid juga saya mengalami msalah keputihan. Sakit pada bahagian payudara, pinggang dan belakang. Kdg2 saya mengalami msalah senggugut namun selepas senggugut dh baik saya tidak dtg haid. Apakah saya perlukan rawatan atau biarkan sahaja? Bntu saya utk dptkan jawapan. Terima kasih

Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.

Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan beberapa perkara, secara amnya, seperti:

  • Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
  • Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
  • Tekanan emosi
  • Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
  • Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
  • Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
  • Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks

Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.

Masalah senggugut yang teruk atau sakit ketika haid boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan seperti:

  • Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
  • Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
  • Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
  • Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

period%20pain

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)