
Sulit
4 tahun
Masalah kulit di kemaluan
Hai saya berumur 25 dan belum berkahwin. Saya mempunyai parut hitam di kemaluan selama 10 tahun akibat kurap dan macam2 krim saya guna tapi parut tak hilang. Vagina saya pun kendur disebabkan kurap ini. Saya teringin nak berumah tangga tapi saya tak mampu nak buat rawatan. Apa rawatan yang sesuai ye adakah ada rawatan laser di kemaluan? Tolong saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, adalah normal untuk mempunyai kemaluan yang sedikit gelap berbanding kawasan lain di badan. Hal ini juga berkait dengan kandungan melanin yang terdapat di bahagian kulit. Berikut merupakan antara sebab mengapa kulit kemaluan menjadi gelap:
- Penyakit kulit
- Perubahan hormon
- Penggunaan pakaian dalam yang menyebabkan geseran antara kulit dan fabrik
- Acanthosis nigricans
- Obesiti
- Peningkatan umur
- Jangkitan kulit
- Merokok
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda sekiranya anda bimbang dengan keadaan ini dan ia mengganggu anda.
Antara yang anda boleh lakukan adalah:
- Sentiasa menjaga kebersihan kawasan kemaluan
- Elakkan dari menggunakan pencuci wanita dengan terlalu kerap, basuh dengan air sahaja sudah memadai
- Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.