Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
Saya lelaki bernama asri, 5 hari yang lepas saya mengalami demam selama dua hari dan suhu tidak begitu tinggi dan lesu badan, selepas sembuh demam, saya mengalami kurang deria bau dan rasa, hanya kurang sahaja,dan sudah lama tidak buang air besar, adakah punca saya sudah dijangkiti c19?
Salam sejahtera Asri, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini. Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Berkenaan pertanyaan anda, pemeriksaan lanjut harus dilakukan oleh doktor secara fizikal dan klinikal untuk menentukan sama ada ia berpunca daripada COVID-19 ataupun sebab lain. Hal ini kerana gejala penyakit COVID-19 boleh menyerupai gejala penyakit lain juga seperti demam, sesak nafas, batuk-batuk dan lain-lain. Kami sarankan anda memantau gejala yang dialami beliau ataupun terus menghubungi pihak kesihatan sekiranya anak anda mempunyai sejarah kontak rapat atau pergi ke kawasan berisiko.
Kami juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa beliau berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, beliau akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah & patuhi SOP PKP & pandemik sesuai dengan garis panduan KKM.
Talian CPRC :
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung di atas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.