
Sulit
5 tahun
Masalah kutil di kemaluan Saya
Salam doktor. Di luar bibir kemaluan sy ade semacam kutil dan saya belum berkahwin dan belum pernah melakukan persetubuhan. Tetapi, sy seorang penghidap diabetes. Adakah kutil ini.membahayakan dan akan menyebabkan kanser? Bila membuang air, sy tidak mengalami sebarang kesakitan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan Human Papillomavirus
- Jangkitan kulat (pesakit kencing manis lebih berisiko untuk mendapat jankitan ini)
- Cyst/Kista
- Jangkitan Herpes Simplex Virus
- Tag kulit (kulit berlebihan yang membentuk benjolan)
Anda harus memberi perhatian sama ada kutil itu menjadi gatal, sakit, berdarah. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta penimbulan gejala yang baru, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.