
Anonymous
5 tahun
Masalah lambat period
Saya berumur 27 tahun, saya mengalami Masalah lewat dtg bulan,masuk bulan ni nak sampai dua bulan period saya lambat.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Memandangkan anda tidak menjelaskan rutin kitaran haid anda biasanya berapa hari, maka saya tidak dapat untuk menentukan apakah haid anda boleh dikatakan lewat atau tidak.
Secara umum, haid lewat dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Anda juga boleh cuba lakukan ujian upt.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.