
Sulit
5 tahun
Masalah luka pada zakar
doktor saya ada masalah zakar doktor dia mcm ada luka ii sikit pada kepala ngn telor saya doktor bila saya kopek dia terus jadi luka cane tuh adakah dia teruk skali doktor ? saya berumur 20 an tp s sakit gak la bila saya kopek kerak ii tuh doktor , agak ii doktor ada penawarnya tak ?d
w

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, luka di zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Luka di kulit kemaluan seperti luka lecet
- Masalah kelainan kulit seperti dermatitis atau ekzema
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Memandangkan luka di kawasan tersebut dapat menganggu dan menjejaskan keselesaan serta aktiviti membuang air kencing, maka anda sebaiknya mendapatkan rawatan segera. Malah, dikhuatiri sekiranya penyebab sebenar adalah jangkitan, ia dapat merebak dan menjadi lebih parah. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini ialah keterangan am.Terima kasih.