Sulit
3 tahun
Masalah membuang dan jerawat
saya wanita berusia 19 tahun dan saya ada masalah membuang…dalam seminggu saya dapat membuang sekali atau dua…kadang-kadang saya tak membuang selama 2 minggu…adakah masalah ni mempengaruhi jerawat ? sebab pada masa yg sama muka saya sentiasa ada jerawat yg besar dan parut dalam.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kadar pembuangan air besar yang normal adalah di antara 3 kali sehari ataupun 1 kali dalam 3 hari.
Jerawat boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- perubahan hormon seperti peningkatan hormon androgen
- ubat-ubatan seperti kortikosteroid dan testosteron
- diet pemakanan yang tinggi karbohidrat boleh menyebabkan jerawat bertambah teruk
- tekanan emosi
Jerawat memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan kerana jerawat adalah penyakit kronik. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:
- Cuci bahagian berjerawat sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah
- Kurangkan stress
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.