
Sulit
4 tahun
Masalah Nafas tertahan
Saya muiz umur 21, saya Ada masalah Nafas tertahan, masalah ni dah lama dah 4 tahun tapi baru rasa sukar untuk bernafas…macam mana nak hilangkan masalah ini doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sukar bernafas.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sebegini boleh disebabkan oleh:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk teruatama jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
- Masalah jantung
Untuk merawat masalah ini, punca sebenar perlu di ketahui. Oleh itu, saya menasihatkan anda untuk ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.