hajjatuldhamirah
4 tahun
Masalah pencairan sperm suami yang melebihi 2 jam
Suami saya telah buat ujian semen. Kualiti dan kuantiti sperm baik tetapi masa pencairan sperm melebihi 2 jam. Adakah masa pencairan boleh menyebabkan saya sukar untuk hamil? Adakah suami saya perlu menerima rawatan lanjut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah sukar hamil boleh disebabkan oleh:
- Salah masa (hubungan kelamin diadakan bukan pada hari kesuburan)
- Masalah pada sperma pasangan lelaki
- Masalah pada ovari atau struktur organ kehamilan
Anda boleh baca lebih lanjut di sini mengenai tips untuk mudah hamil.
Dalam pada masa yang sama, suami anda juga disyorkan untuk mendapatkan nasihat serta rawatan yang sedia ada untuk membendung masalah ini daripada berleluasa.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































