
Sulit
4 tahun
Masalah pendarahan selepas kitaran haid berlaku dan rahim berasa seperti ngilu sebelum pendarahan berlaku. Rasa ngilu berlangsung selama 2 hari seperti rasa daang haid lagi
Saya berumur 38 tahun, bulan 3
haid saya jatuh pada 15/03. Bulan 4 ini haid jatuh pada 11/4. Namun sebelum haid bulan ini saya rasa lain sikit dibahagian rahim rasa xselesa…dan suhu badan pun xtentu, badan lemah. Saya mula ingat saya mengandung…kerana simptom nak dtg haid xada. Saya cek UPT pun xmengandung. Haid bulan ini bermula 11/4 hingga 16/4 tapi pada 21/4 saya mengalami pendarahan lagi dah hampir penuh pantiliner. Apakah masalah saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, masalah kitaran tempoh haid boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Manakala, rasa tidak selesa atau ngilu pada rahim pula boleh disebabkan:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!